Friday, April 2, 2010

Cerita Dunia

CERITA DUNIA….DUNIA PUNYA CERITA……..

Mari sama-sama termenong-menongkan.

Kat dalam dunia nie lebih ramai dan memang ramai pun……. manusia yang suka tengok orang lain buat keja…kerja, bukan mari ramai-ramai kita sama-sama buat kerja. Tak bekerja sama la tu…….Lu….lu…..
gua…gua…..bukan kerja gua….tapi kerja siapa..kerja monyetttttttt…..kaaaaa………Monyet pun tau kerjasama seeeehhhh…!

Kat dalam dunia niee.. kalau kerja tu dapat upah, ada gaji la tuu….berebut nak buat. Agaknya seluk lubang jamban pun sanggup. Kalau tak ada apa-apa, orang kata abok pun tara jangan harap laaaa….. pieee…..raaaaaa……..

Kat dalam dunia nie…kalau keja tu sesaja nak tolong ‘company’…syarikat la tuu… tak ada laa. Lebih ramai orang yang pandai cakap aja, tapi tak serupa bikin. NATO laaaa… katakan. Pandai bodek dan bedek lagi. Bodek betul-betul baru tau, gelap dunia. Punya le pandai bodek sampai puntung rokok sebatang pun tak boleh nak buang. Dok tengok aja. Tapi yang peliknya kalau depan orang beso-besor macam Pengarah batu sepikul pun boleh angkat. Tu… yang pelik tu…..

Kat dalam dunia nie ramai orang yang suka pungut salah / buruk orang lain daripada pungut salah sendiri selain pungut sampah dan suka buat sampah.. tapi orang lain pungut. Suka sangat ngadu kat orang lain terutama kat orang beso-besor salah orang ni…salah orang tu….tapi salah sendiri tutup..dia tak tau kee…..hukum mengupat orang tu sama dengan 12 kali zina. Nauzubillah….

Kat dalam dunia nie….ramai orang tak suka buat kerja kotor. Siapa nak buat kerja yang kotor… macam cuci jamban contohnya. Tapi yang peliknya kerja tu nampak aja bersih tapi memang semua tau memang kotor suka pulak orang buat. PAAAAAUUUUauuuuuuuuu………bukan kueh pau.

Kat dalam dunia nie..nak amalkan berat sama-sama kita pikul ringan sama-sama kita jinjing memang susah. Lebih-lebih lagi bab keluar tenaga…plus.. keluar duit. Yang ada kalau berat sendiri pikul, yang ringan tak payah tolong bib…sebab memang dah ringan.

Kat dalam dunia nie…semua orang nak lambat. Lambat tua, lambat sakit, lambat duit habis, lambat datang kerja…yang syoknya…lambat…….ttt…ssss…..ttt. Tapi tak bole lak lambat, lambat dapat gaji, lambat naik gaji, lambat naik pangkat dan macam-macam lambat. Ada orang sampai jolok menjolok sebab macam lambat sangat nak naik gaji, nak naik pangkat, nak naik kuasa…..

Kat dalam dunia nie kalau orang tu pandai cakap, pandai dan rajin buat kerja orang ngata gila kuasa, orang yang pandai cakap tapi tak pandai dan malas buat kerja orang ngata orang tu cakap tak serupa bikin,,,serupa Wayang Cina. Kalau orang tu tak pandai cakap, tak macam wayang cina tapi pandai dan rajin buat kerja orang tak ngata apa pun tapi siap orang tu kena buli…Tapi paling teruk ‘specis’ manusia yang pandai cakap, macam boleh buat kerja tapi bila suruh tak tau macam mana nak buat, pandai pulak tu ngarah-ngarah orang lain buat kerja.

Pendak kata kat dalam dunia nie ramai orang jadi Api dalam sekam, baling Bom sorok tangan, jadi Ayam jantan bekokok tak tentu masa, jadi Wayang cina buat bising buat cerita, jadi Emu dalam hutan jolok pucuk masing-masing pentingkan diri, jadi Talam muka seposen depan puji belakang ngata. Manusia jadi-jadian leee kata kan….

Kat dalam dunia nie yang buat perangai pelik-pelik dan jadi manusia jadi jadian kebanyakannya dah jadi buluh… dah tua bangka, silap lentur prapppppp……patah liuk. Jadi sendiri mau ingat tak payah orang lain ingatkan. Kalau orang lain ingatkan boleh terima takapa. Lebih-lebih lagi yang ingatkan tu kekawan yang sepangkat, yang lebih rendah pangkat tolong ingatkan, eeemmmmm.. memang dia buat “don’t know “aja leee…..tapi kalu orang beso-besor tegur dan ingatkan baru kelam kabut timbus lubang… tutup lubang. Nasib tak baikk……...Ini semua dunia punya cerita……….

No comments:

Post a Comment