Saturday, April 17, 2010

Himpunan Madah Pujangga

Himpunan Madah Pujangga


Madah-madah ini AKU kutip dan punggut di sepanjang jalanan hidup. Ia lahir dari lintasan hati, cetusan minda, renungan & menongan, pandang & terpandang, dengar & terdengar, baca & terbaca wadah cetusan Para Pujangga dan AKU.


CINTA DAN HATI



v Cintakan Allah adalah cinta yang tidak akan luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah cinta yang luntur dan berakhir.

v Dua hati yang saling mengingati itu akan berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu terus berkenalan. Dua hati yang tidak saling mengingati itu tadak akan berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu ia hanya berjumpa bukan berkenalan.

v Mengetahui itu dengan akal, mengenal itu dengan hati. Kerana itu orang yang kenal akan Allah akan takutkanNya. Tetapi orang yang tahu akan Allah tidak akan rasa takutkanNya.

v Hati itu ibarat cermin. Kalau cermin itu bersih akan dapat dilihat apa sahaja di hadapannya. Begitu juga dengan hati, jika ia bersih akan dapan melihat alam rohani.

v Teguhkan imanmu seteguh kelikir di pergunungan dan bersihkan hati mu sebersih embun pagi.

v Ketidakpuasan adalah nyawa cinta yang abadi.

v Sesiapa yang dicintai oleh seseorang akan menjadi seperti bayi.

v Berjaya belari di alam cinta adalah kejayaan terbesar dalam percintaan.

v Telahku kuburkan cintaku nan lalu. Namun kini masihku dengar sayup-sayup suara tangisan dari kuburan itu.

v Kita tdak akan memaksa diri untuk menyintai seseorang. Kita juga tidak memaksa seseorang menyintai kita kerana rasa cinta itu akan datang sendiri bersama kemeseraan bukan bersama paksaan. Kita juga tidak memaksa seseorang untuk menerima cinta kita. Itulah kerelaan cinta.

v Alangkah bahagianya hidup ini jika cinta itu datang di saat-saat kita amat memerlukannya.

v Bagai mentari dan bulan begitu juga dengan cinta. Bila ia hilang di sini ia akan terbit di tempat lain.

v Cinta adalah puncak dari segala kasih sayang. Bila kita melahirkan kata cinta itu bererti ia adalah kemuncak segala kasih sayang kita pada yang disayangi.

v Hati yang baik tidak pernah mengendung segala bentuk pembohongan.

v Kisah cinta dua insan berakhir apabila mereka berkahwin maka bermulalah sejarah hidup mereka.

v Jangan biarkan cinta itu hanyut di lautan sepi. Gapailah ia dan siramilah ia dengan air mawar kasih.

v Cinta itu ibarat rama-rama jika dilepaskan bertambah cantik.

v Jika menyintai seseorang cuba lepaskan ia. Jika ia kembali kepada kita, ia adalah milik kita, jika tidak ia milik orang lain.

v Lautan cinta adalah lautan yang sukar direnangi. Walaupun sering terdampar di pantai manusia masih ingin mengulanginya.

v Sedalam-dalam lautan, lautan cinta dalah paling sukar diukur.

v Bagai bunga, tanpa baja dan air ia layu. Begitu juga dengan cinta, tanpa kasih dan sayang ia juga layu.

v Perpisahan membawa perasaan cinta yang mendalam.

v Usia dua puluhan hingga tiga puluhan adalah tahun ghairah, berusaha dan mencari cinta. Sementara setelah melebihi usia tersebut kita hanya boleh menunggu serta melihat sama ada cinta itu datang atau tidak.

v Cinta itu indah apabila kita bertemu kekasih dan membuat pilihan yang tepat.

v Sesungguhnya di dunia ini terlalu banyak kebetulan. Namun terdapat satu kebetulan yang sukar dilupakan iaitu kebetulan sama-sama dan saling jatuh cinta.

v Di alam percintaan ada kalanya kita patut melakukan sesuatu pekara yang tidak sepatutnya kita lakukan.

v Kelembutan cinta bagai selemut salju. Keganasan cinta bagai pedang menghiris kalbu.

v Bila insan diamuk cinta dan rindu jiwa menjadi tak menentu.

v Berjauhan menjadikan insan memendam rasa cinta dan rindu yang mendalam.

v Cinta hanya untuk seorang Isteri. Percintaan unuk Allah.

v Cinta umpama bunga. Percintaan umpama Taman. Keindahan cinta umpama bunga di taman.

v Bunga subur kerana baja. Cinta subur kerana kasih-sayang. Persahabatan subur kerana kemeseraan.

v Ramai di antara kita lemah dalam lautan cinta. Namun itu adalah lautan yang paling indah untuk direnangi. Tiap kita pasti dan ingin merasainya lantas mengulangi walau akan terdampar.

v Cinta itu umpama arus sungai yang sentiasa mengalir. Namun ia akan kering bila kemarau kasih. Cintakan Allah umpama arus sungai yang sentiasa mengalir abadi walau kemarau panjang.

v Aku tiba di ingatanmu sebagai seorang asing. Singgah di hatimu sebagai seorang tetamu dan menetap di jiwa ragamu sebagai seorang kekasih.

v Bagai irama dan lagu, begitu juga cinta dan kasih. Kasih dan kekasih tidak dapat dipisahkan dari cinta.

v Berikanlah sebahagian sahaja dari cinta kita kerana itu adalah ganjaran dan memadai untuk sebahagian dari kekecewaan apabila cinta itu putus.

v Anda mula jatuh cinta pada pandangan mata, kemudian ia mengiringi kita pada perasaan dan seterusnya tubuh. Tetapi jika kita memulakan cinta pada tubuh, kita tidak akan menikmati betapa indahnya perasaan cinta.

v Mengapa dalam marah ada sayang dalam benci ada rindu.

v Sesungguhnya cinta itu memberi bukan mengambil maka berilah dengan tulus ikhlas.

v Jika kita curahkan cinta sesama insan mungkin ia akan tinggalkan kita. Jika kita kita curahkan cinta pada harta kekayan mungkin kita akan tinggalkannya. Jika kita curahkan cinta pada Allah ia akan sentiasa di sisi kita walau di mana jua, Sesungguhnya cintakan Allah adalah cinta yang abadi.

v Ada orang berkata cinta itu ibarat rama-rama, semakin dikejar ia semakin jauh terbangnya. Kalau kita berhenti ia akan hinggap di bahu.

v Cintailah dan kasihilah orang lain sebagaimana kita cinta dan kasih pada diri sendiri nercaya kita menjadi mulsim yang hakiki.

v Aku jbukan kemaruk cinta namun sejak aku mengenalimu aku jadi kemaruk cinta. Aku juga tidak mengenal cinta namun semenjak mengenalimu aku kenal apa itu cinta.

v Takut bercinta umpama takutkan hidup. Orang yang takukan hidup umpama sudah tiga suku mati.

v Serahkan hati kepada siapa yang rela serahkan nyawa. Serahkan nyawa kepada siapa yang rela serah kan hati.

v Jika kita menyintai seseorang maka cuba lepaskan dia. Jika ia kembali kepada kita ia adalah milik kita. Jika tidak ia bukan milik kita.

v Menyintai bererti meyakini seseorang selamalamnya.

v Kecintaan terhadap duniawi akan menuju kemusnahan.

v Cintailah seseorang atas dasar siapa dia sekarang bukan siapa di amasa silam.

v Cemburu tanpa disusuli dengan kasih sayang hanya akan mengakibatkan kehancuran dan perpecahan.

v Cintailah apa yang anda lakukan dan percaya pada diri sendiri.

v Cinta adalah suatu perasaan yang tidak mengenal batasan.

v Tanpa rindu sunyilah cita kerana tiada cinta tanpa rindu. Cinta membuat insan bahagia. Rindu membuat insan sengsara dalam cinta.

v Cinta dibentuk setiap hari bukan terbentuk dalam sehari. Cinta dipupuk setiap hari bukan dipupuk dalam sehari.


ILMU, AKAL DAN AGAMA



v Orang yang berakal tanpa agama adalah Sesat. Orang yang beragama tanpa akal adalah Beku. Oleh itu kahwinlah antara akal dan agama maka akan lahirlah Hikmah.

v Sesat orang berakal dan berilmu berpenghujung. Ia akan sedar dalam lena. Sesat orang yang tidak berakal dan berilmu tiada penghujung. Ia akan terus sesat dalam jaga. Sesungguhnya orang berakal dan berilmu tidak akan sesat walau dalam lena.

v Ilmu yang sedikit tidak akan membawa kita kemana-mana.

v Tuntutlah ilmu setinggi kejora di langit. Rendahkan kejahilan serendah kelikir di dasar
lautan.

v Si miskin tanpa ilmu dan agama bila menjadi kaya akan bongkak serta munafik. Si kaya tanpa ilmu dan agama bila menjadi miskin akan menderita serta munafik.

v Keindahan hati itu dengan takut dan takwa pada Allah. Keindahan akal dengan bersyukur. Kenindahan lidah itu dengan diam dan berzikir. Keindahan wajah itu dengan ibadah. Keindahan hidup di dunia itu dengan meninggalkan kehendak hawa nafsu.

v Orang berakal tidak merasakan kemiskinan walaupan kekurangan wang dan harta benda. Tetapi ia akan merasa miskin bila kekurangan ilmu.

v Akal yang waras adalah lambang kematangan fikiran dan hanya lahir dari keimanan yang tebal.

v Hidup di dunia biar kaya agama, kaya harta, kaya malu, kaya akhlak dan kaya pemurah.

v Adab dan akal mempertinggi martabat diri.

v Berfikir adalah perbualan kita dengan hati.

v Sesungguhnya orang yang sabar itu adalah orang yang berakal dan beriman. Sekiranya ia berakal dan beriman ia adalah orang yang berbudi perketi. Sekiranya ia adalah orang yang berbudi pekerti ia adalah seorang yang mulia. Sekiranya ia seorang yang mulai ia adalah seorang yang tahu akan erti kesabaran.

v Nasihatkan dan peringatkan anak-anak kita dengan agama dan wasiatkan kepada mereka agar mereka mati dalam keimanan.

v Cerita agama tanpa ilmu adalah buta dan sesat. Cerita ilmu tanpa amal adalah pembohong, pendusta lagi munafik.

v Hakikat buta bukan buta mata tetapi buta hati. Hakikat miskin bukan miskin harta tetapi miskin ilmu, iman, agama dan budi pekerti.

v Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugrah bagi ketenangan.

v Al-Quran itu merupakan manual dn panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

v Al-Quran itu adalah penduan hidup. Andai kita menhgadapi kemusykilan, rujuklah kepadanya dengan penuh tawaduk walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.

v Kata orang arifbillah adalah di antara sifat pada seorang ulamak. Dia amat takut kepada Allah S.W.T, walaupun nyawanya jadi taruhan.

v Syarat untuk bertemu denga Tuhan @ Allah adalah dengan mati, samada mati dengan ajal atau mati sebelum ajal tetapi tentunya tidak dengan mati AKAL.

v Zikir itu hubungan kita dengan Tuhan @ Allah, Tasbih itu puji-pujian kepada Tuhan @ Allah, Solat itu tanda kita bersyukur sebagai hambaNya dan Al-Quran itu adalah pengamalan kehidupan yang diredhai oleh Tuhan @ Allah.

v Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan. Isal adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada jalan Allah dan hari akhirat.

v Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli maupun diwariskan kepad anak cucu. Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu.

v Hukum Allah iyu banyak hikmahnya. Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakanya. Hukum yang dilaksanakan tanpa kepahaman iman adalah satu kezaliman @ penganiayaan.

v Tiada guna harta benda, pangkat dan darjat andai jiwa, hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka. Itulah dalil kerana iman kita masih kurang serta miskin amal.

v Sesungguhnya perjalanan rukun Iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas Qada dan Qadar diikuti dengan kiamat, kitab, Rasul, Malaikat dan akhirnya bertemu Allah.

v Berjalan di jalan Allah itu ada empat iaitu berfikir pada perjalanan syariat, berzikir pada perjalanan tariqat, bersabar pa ad perjalanan hakikat dan bersyukur pada perjalanan marifat.



SEDEKAH DAN SENYUMAN


v Bersedekahlah selalu dengan kemesraan dan senyumanmu kerana itulah sedekah yang paling mudah dilakukan serta banyak memberi kesan baik dalam pergaulan.

v Sedekahlah selalu dengan senyumanmu kerana sedekah itu tidak menjadikan insan lain berhutang apa-apa dengan kita.

v Sedekah yang sedikit tapi ikhlas lebih berharga dan berkat dari sedekah berjuta tapi angkuh dan sombong.

v Apabila engkau membimbing orang buta maka peganglah tangan kirinya dengan tangan kananmu dan ia bererti suatu sedekah.

v Bersedekah dengan senyuman adalah lebih baik dari bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyuman membuat orang lain tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa terhina.

v Nilai dan makna suatu senyuman itu bergantung kepada situasi dan waktu ia diberikan.

v Berilah senyuman kepada setiap insan nercaya balasannya yang tidak pernah kita impikan.

v Sebaik-baik iman adalah amal, sebaik-baik amal adalah insan, sebaik-baik insan adalah yang pemurah, semurah-murah sedekah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa.

v Kebajikan bersedekah di dunia itu ada lima iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati masyarakat dan berkat rezeki.

v Orang yang suka bersedekah akan diberkati Allah rezekinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badanya, dimulikan dan dipermudahkan segala urusan atau usahanya.


NASIHAT DAN KEHIDUPAN



v Orang yang kalah berjuang terhadap musuh lahiriah terhina di dunia. Orang yang kalah berjuang terhadap musuh batiniah terhina di Akhirat.

v Letakkan dunia itu di tangan supaya senang dibahagi-bahagi. Letakan Akhirat itu di hati untuk bekalan ketika mati.

v Kemahiran dan kebolehan lebih berharga dari kekuatan fizikal.

v Orang yang kurang menggunakan lidah akan lebih banyak menggunakan tangan. Orang yang banyak menggunakan tangan tidak akan mati kebuluran.

v Seseorang yang tidak pernah mencuba tidak akan tahu kebolehannya.

v Seseuatu perbuatan itu jika tidak dibendung akan merosakkan manusia.

v Nasihat yang berguna adalah permata yang paling berharga.

v Setitik dakwat akan membuat berjuta manusia berfikir.

v Kita tidak akan tahu menilai air hinggalah apabila telaga menjadi kering kontang.

v Manusia tidak tahu menilai wang hanyalah apabila kantong menjadi kosong.

v Kita tidak tahu menilai sayang hinggalah apabila yang disayangi tiada lagi.

v Awasilah tingkah laku kawan yang suatu masa dahulu adalah musuh kita.

v Saat-saat mencemaskan tiba sewaktu kejayaan berada di samping kita

v Sahabat itu ibarat butiran pasir di pantai. Tetapi sahabat karib itu ibarat permata di antara butiran pasir pantai.

v Mencari seorang kekasih ibarat mencari sebutir intan di celah-celah timbunan pasir.

v Pujian membuat insan lalai dan lena dalam jaga. Cacian dan hinaan membuat insan sedar serta jaga dalam lena.

v Setiap tugas yang kita abaikan adalah suatu peluang terbiar untuk mengetahui kebenaran mengenai sesuatu hal.

v Kepujian melakukan dua pekara dengan sempurna akan menjadikan orang baik semakin baik, orang jahat semakin jahat.

v Orang miskin melalui kehidupan yang serba kekurangan dengan hati yang tahah dan tenang.

v Orang yang menanam kehormatan akan menuai persahabatan. Orang yang menyemai budi akan menuai kasih sayang.

v Asap tidak akan menjadi sekiranya tiadanya api.

v Manusia berkaki ayam jangan sesekali cuba berjalan di atas onak dan duri.

v Berfikirlah pada hari ini dan berkata-katalah pada hari esok.

v Suatu kepastian akan mencegah penyesalan di kemudian hari.
v Sebagaimana kita menilai sebuah buku, begitulah juga kita menilai penulisnya.

v Belajar melalui pengalaman adalah sebaik-baik pengajaran.

v Sifat berputus asa adalah perancang kepada pengecut.

v Teman sejati akan menyayangi kita sehingga kepenghujung usia.

v Tinggikan pekertimu setinggi bintang dilangit. Rendahkah dirimu serendah karang di lautan.

v Persahabatan yang terputus boleh disambung tetapi sudah tentu tidak nampak bekasnya.

v Orang yang jujur tidak akan gentar kepada sebarang kekusutan.

v Seorang pakar bedah yang baik mestilah mempunyai mata helang, hati singa dan tangan seorang wanita.

v Pemandu yang cekap mestilah mempunyai mata helang, hati singa, tangan seorang wanita dan kaki penari ballet.

v Berbelanjalah mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu syaitan.

v Jangan mempercayai seseorang yang mengesyaki bahawa kita mengetahui keburukannya.

v Kalau ingin menjadi bunga jadilah bunga yang menghadap matahari.

v Kalau ingin menjadi burung maka jadilah burung merpati putih.

v Kalau ingin menjadi camar maka jadilah camar yang pulang.

v Kalau ingin menjadi batu maka jadilah batu permata

v Kalau ingin menjadi pejuang maka mestilah sanggup menjadi revolusiner.

v Kalau ingin menjadi insan mulia harus sedar kebesaranNya.

v Kalau ingin menjadi insan sempurna mesti sedar dari mana asalnya kita.

v Jika ingin menjadi insan maka jadilah insan yang punya dan menghadap kiblat.

v Dunia tidak memperdulikan tentang usaha kita menongkah arus, tapi ia hanya ingin tahu apakah kita berjaya sampai ke pelabuhan.

v Si Miskin tidak meminta untuk menjadi miskin tetapi bersyukur, berusaha dan bertawakallah walau ditakdirkan miskin. Si kaya tidak meminta untuk mejadi miskin tetapi kerana tanpa syukur, usaha dan tawakal ditakdirkan menjadi miskin.

v Jika kita memakai kasut ada orang lain yang memakai selipar. Jika kita memakai selipar ada orang lain yang berkaki ayam. Jika kita berkaki ayam ada orang lain yang langsung tidak berkaki. Maka insaf dan bersyukurlah.

v Jangan meminta walau tidak diberi. Tetapi memberilah walau tidak diminta.

v Sebatang lidi tiada harga, tapi ingat seikat penyapu bermula dari sebatang lidi.

v Jangan memandang rendah pada sebatang lidi kerana seikat lidi menjadi penyapu.

v Sebatang mancis boleh membuat manusia menderita.

v Sebutir bom walau tidak meletup boleh membuat mansuia bimbang dan panik. Apatah lagi apabila ia meletup pastinya sengsara.

v Ramai manusia tahu bahawa lampu itu boleh menerangi suasana tanpa ingin tahu bagaimana usaha penciptanya untuk menjadikan ia terang.

v Jangan merosakkan walau sebatang pena jika tidak tahu membaikinya semula.

v Jangan membunuh walau seeokor serangga kerana kita tidak mampu menghidupkan semula.

v Lumrah alam tiada ciptaan tanpa pencipta. Tanpa pencipta tiada ciptaan. Bagaimana kita menilai ciptaan begitulah juga kita menilai penciptanya.

v Ubat yang paling baik untuk pemikiran yang baik adalah berdiam diri dan berzikir.

v Sekiranya seorang wanita berkasih-kasihan dengan kita, berhati-hatilah kerana kita mungkin akan dijadikan hamba.

v Jika ingin menjadi insan yang dihormati maka jadilah insan yang disenangi dan menyenangi.

v Tiada hormat yang paling mulia selain dari menjaga kehormatan. Tiada hormat yang paling keji selain dari melacurkan kehormatan.

v Ingatlah bahawa Allah S.W.T adalah Penguji. Manusia adalah yang diuji. Dunia ini adalah medan ujian. Usia hidup adalah masa menjalani ujian. Sementara segala kandungan dunia ini adalah bahan-bahan dan soalan ujianNya.

v Kebahagian umpama sebuah biola. Ia tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu jika Pengeseknya tidak mahir.

v Salah satu tanda profesional adalah memberi lebih banyak daripada yang diterima.

v Seorang Ibu seringnya terpaksa berfikir dua kali. Satu untuk dirinya dan yang satu lagi untuk anak-anaknya.

v Seorang pendidik yang baik apabila ia memberi nasihat ia dapat memberi kefahaman dan pengajaran kepada kita. Apabila ia membimbing kita ia dapat memberi petunjuk. Apabila ia mengajar kita ia dapat memberi perubahan.

v Kita sering mengharapkan hidup yang sempurna tanpa cabaran. Namun menjadi fitrah dunia tanpa cabaran hidup tidak akan sempurna.

v Bahaya masa silam kerna manusia pernah menjadi hamba abdi. Bahaya masa hadapan kerana manusia akan menjadi robot.

v Jika ingin menjadi mawar maka jadilah mawar harum berduri.

v Maruah – Biar jatuh tersungkur dan tertiarap tapi jangan misai kena tanah.

v Jika ingin tahu keburukan seseorang maka tanyalah pada musuhnya. Jika ingin tahu kebaikan seseorang maka tanyalah pada sahabatnya.

v Dalam kehidupan jangan fikirkan senang kita sahaja. Fikirkan juga susah orang lain.

v Pandanglah gadis ayu itu bagai awan yang berlalu.
v Seorang sahabat tidak sanggup melihat temannya berduka. Manakala seorang musuh tidak rela melihat seterunya tertawa.

v Seorang sahabat menyambut tangan temannya dari kejaruhan (kegagalan). Seorang musuh menarik jatuh tangan seterunya dari kejayan

v Selagi kegagalan tidak jemu memburu kita, selagi itulah kita tidak jemu memburu kejayaan.

v Kegagalan bukan bererti bahawa perjuangan telah berakhir tetapi sebagai langkah pertama menuju kejayaan.

v Orang bodoh tidak akan tahu apa yang orang pandai tahu kerana ia tidak pernah pandai. Tetapi orang pandai tahu apa yang orang bodoh tahu kerana ia pernah bodoh sebelum pandai.

v Orang bijak (pandai) tidak memperbodohkan kebodohan orang lain tetapi memperbaiki kebodohan orang.

v Sesungguhnya di dalam dunia ini terdapat terlalu banyak gila. Cuma satu sahaja gila yang betul lagi benar iaitu gilakan Allah dan RasulNya.

v Usia muda bukan untuk berpoya-poya tetapi untuk mengenal akan yang esa.

v Asas Ibadat adalah Warak. Asas Warak adalah Takwa. Asas Takwa adalah sentiasa menilai diri. Asas menilai diri adalah takut dan berharap pada Allah.

v Dalam detik ada titik Dalam Saat ada matlamat.

v Adakalanya kita patut menjahilkan diri di dalam parti jahiliah.

v Orang bijaksana berlidah dihati. Tetapi orang jahil berhati di lidah.

v Serpihan kenangan itu adalah suatu keadaan yang membolehkan kita menjadi lebih dewasa, memahami akan kehidupan dan besedia menghadapi kenyatan.

v Sayu - Adalah apa yang tersimpan di dalam dada kita. Walaupun kita tidak menunjukkan namun gerak geri kita menunjukkan perasan.

v Sesal – Kadangkala sesalan itu timbul atas sesuatu dosa lebih mempertinggikan martabat rohani daripada orang yang merasa dirinya tidak pernah berdosa.

v Permudahkan urusanmu dengan Allah, nercaya Allah akan mempermudahkan urusanmu sesama manusian.

v Nasihatlah yang paling sukar diterima orang. Maka letakkanlah di muka pintu agar ia mudah dijumpai.

v Adakalanya kita keliru dengan kehidupan kita sendiri. Maka mintalah petunjuk dari Allah.

v Untuk Pelajar – Becinta dengan buku, bertunang dengan peperiksaan, berkahwin dengan kejayaan.

v Bangsa yang merdeka adalah bangsa yang kaya dengan usaha dan cita-cita. Mereka tahu melakukan usaha tanpa dikerah dan diperintah.

v Ada pepatah mengatakan bahawa musuh kepada musuh adalah kawan.

v Umpama dian ia membakar diri demi menerangi orang lain.
v Tanpa ia cita-cita kita pudar. Itulah pengorbanan. Sudah menjadi fitrah dunia hidup kita memerlukan pengorbanan. Tiap pengorbanan memerlukan korban.

v Sombong – Perasaan sombong itu keadaannya seperti ayam jantan. Disangkanya matahari terbit kerana hendak mendengar kokoknya.

v Cemburu umpama raksasa yang menjujikan daging yang ia sendiri makan.

v Perasaan adalah garam kehidupan. Dengan perasaan manusia merenung dan mencari ketenangan dalam pergolakan. Kelihatan bahagia dalam sengsara dan kerjernihan masa hadapan dalam kekeruhan sekarang.

v Usahawan hidup bernafaskan keuntungan.

v Di dalam perniagaan mudah dilihat 10% yang betul daripada 100% kesilapan.

v Allah S.W T itu maha Penguji. Ujiannya yang paling sukar adalah harta kekayaan. Sesungguhnya harta kekayaan itu adalah fitnah kepada hidup manusia kecuali ia dipergunakan ke jalan Allah.

v Manusia itu dijadikan berserta sifat lupa. Seburuk-buruk lupa adalah lupa akan Allah.

v Jika kita mahukan sesuatu yang terbaik maka lakukanlah sendiri.

v Pejuang yang sebenar sentiasa tabah. Tidak berubah pendirian serta wajah dan cara melakukannya.

v Dalam kehidupan ini tida pekara yang mudah keculai dipermudahkan.

v Bagai matahari. Apabila ia terbenam di Timur ia akan terbit di Barat, Begitu juga kita bila tiada di sini kita kan berada di tempat lain.

v Jangan kita gantongkan pengharapan pada suatu yang tidak pasti. Tapi gantungkan keyakinan agar ia menjadi pasti sebagaimana yang diharapkan.

v Sekaya-kaya kekayaan adalah kebijaksanaan akal dan semiskin-miskin kemiskinan adalah kejahilan akal.

v Dalam kehidupan mesti beranikan diri untuk mencapai cita-cita kerana orang yang berjaya bukan kerana ia pandai tetapi kerana berani mencuba.

v Pendapat manusia boleh diambil dan ditolak kecuali pandapat Rasul-rasulNya.

v Telah menjadi resam dunia yang memandang harta. Buruk dan baik tiada bezanya. Emas dan suasa menjadi nilainya.Baik-baik memilih teman. Jangan diturut kata hati. Teman ketawa senang didapat. Teman menangis sukar dicari.

v Segala yang ada pada masa kini adalah hasil usaha orang terdahulu yang tidak mengenal pahit lelah dan erti putus asa.

v Marilah kita sama-sama menangis dan tangisan itu biarlah bukan kerana sedih tetapi kerana gembira kerana kita masih mampu untuk terus ketawa bersama.

v Suatu bangsa berdiri teguh dan agung kerana kekukuhan dan kemuliaan akhlak. Keruntuhan dan kejatuhan suatu bangsa itu kerana kerapuhan dan kehinaan akhlaknya.

v Jangan menjadi seperti katak di dalam gelas. Ia melihat segala perubahan dan kemajuan di sekelilingnya tetapi tidak mahu melompat keluar untuk mengejar perubahan dan kemajuan tersebut.

v Bagai padi di tapak semaian tanpa diubah ia tidak akan bertambah. Begitu juga dengan kehidupan kita tanpa perubahan sukar untuk mencapai kemajuan.

v Bekerja semasa tidur adalah lebih baik dari tidur semasa bekerja.

v Tiap keganasan pasti berakhir kerana dibenci. Tiap kebaikan tiada penghujung kerana disanjung.

v Kawan yang ada dan kita perolehi sewaktu kita makmur adalah mereka yang akan meninggalkan kita di kala kita dalam kesulitan.

v Sesungguhnya sebaik-baik perniagaan serta besar sekali keuntungannya adalah beriman dan bertakwa kepada Allah dan RasulNya.

v Ramai manusia suka meniru panasnya api bukan lembutnya api.

v Si Miskin di tengah golongan kaya menjadi kaya. Si Kaya di tengah golongan miskin menjadi miskin.

v Si Bodoh di tengah golongan pandai menjadi pandai. Si Pandai di tengah golongan bodoh menjadi bodoh.

v Kegagalan itu cabaran dan mengorak langkah. Kejayaan itu kecemerlangan dan pertahankan.

v Walaupun harapan telah hancur berkecai menjadi debu, kita bisa membina tugu harapan dari sisa-sisa keyakinan.

v Menjadi manusia berperangai binatang itu lebih mudah daripada menjadi binatang berperangai manusia.

v Peluang untuk berjaya pasti ada selagi mencuba. Tanpa mencuba peluang langsung tiada.

v Saling mempercayai dalam persahabatan bertambah utuh apabila masing-masing mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

v Kematian bukan kehilangan paling besar dalam kehidupan. Kehilangan paling besar adalah apabila semangat kita mati ketika masih hidup.

v Sesaat yang kita lewatkan hari ini akan menghilangkan sehari esok, melenyapkan seratus hari lusa dan seribu hari tulat.

v Melalui mata kita percayakan diri sendiri. Melalui telinga kita percayakan orang lain.

v Beradap sopan dan menghormati orang lain itu tidak sahaja menyenangkan orang yang menerima malah membahagiakan orang yang memberinya.

v Apa yang kita kehendaki lebih cepat diperolehi daripada memotongnya dengan pedang.

v Perempuan tidak mempunyai senjata melainkan lidah dan air mata. Maka mencari kejujuran dalam bicara wanita samalah sukarnya mencari kutu dalam ijuk.

v Jika kita melihat suatu pekara yang memecahkan dan mengoncangkan hati maka selidikilah dan kamu akan ketahui bahawa sebahagiannya datang daripada wanita.


v Mengesan peribadi sendiri adalah seribu kali lebih sukar daripada mengesan seribu ragam peribadi orang lain.

v Sayangilah temanmu dengan tidak berlebih-lebihan kerana mungkin di suatu hari nanti ia menjadi kebencimu. Bencilah temanmu dengan tidak berlebih-lebihan kerana di suatu hari ia akan menjadi kesayanganmu.

v Wajah cantik dan lawa untuk santapan mata. Budi dan sopan pula untuk santapan jiwa.

v Luka yang disebabkan sebatang panah akan sembuh walau berduka. Belentara yang ditebang akan tumbuh walau berkurun lama. Namun luka yang disebabkan oleh lidah akan tetap menjadi luka yang tidak akan sembuh.

v Penderitaan mematangkan kehidupan dan menjadi jambatan menuju kesejahteraan.

v Kehidupan umpama belentara yang dipenuhi oleh makhluk yang beraneka.

v Semasa kecemasan kita dapat mengenal ketinggian budi pekerti seseorang.

v Orang yang berjaya mencipta sesuatu dalam hidup adalah mereka yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang kuat.

v Dalam menjaga persahabatan berilah pujian yang sewajarnya dan tidak terburu-buru membuat tuduhan.

v Kita biasa melawan arus anak sungai tanpa pendayung. Sekarang kita menyusuri maklumat lebuh raya tenpa modem.

v Dalam dunia yang serba moden ini ramai manusia yang menjangkakan bahawa pintu segala peluang boleh dibuka dengan alat kawalan jauh.

v Persahabatan biar membina bukan merosakkan maka berhati-hati dalam melebarkan tali persahabatan kerana jika tersalah pilih kita akan merana.

v Sesungguhnya di dunia akhir zaman ini maksiat itu umpama beras manakala kebajikan umpama antah. Kerana itu manusia yang lalai akan memilih beras kerana enak. Manakala manusi yang beringat akan memilih antah kerana ia terpilih dan dipilih.

v Muslim yang baik akan berusaha untuk merasa cukup dan berpada dengan apa yang dicapai supaya ia memperolehi ketenteraman hati.

v Muslim yang baik akan membandingkan dirinya dengan orang yang lebih daif dan tidak memiliki apa-apa. Manakala muslim yang bongkak akan membandingkan dirinya dengan yang kaya untuk menjadi lebih kaya.

v Muslim yang baik akan menjauhkan dirinya dari rasa tidak cukup keran ia akan menjadikan jiwa sugul serta menjadi beban pada diri sendiri dan orang lain.

v Muslim yang baik akan berjiwa sederhana bagi membolehkannya mencapai ketenangan serta membantunya meyusun langkah bagi membangunkan kehidupan.

v Dunia hanya persinggahan sementara menuju akhirat. Sesungguhnya akhirat jualah yang kekal abadi selama-lamanya.

v Jika ingin menjadi wanita maka jadilah wanita solehah. Jika ingin menjadi perempuan maka jadilah perempuan jika ia cantik ia tidak menyedari akan kecantikannya.

v Mengapa kita kufur kepada Allah sedangkan sebelumnya kita mati kemudian dihidupkan dan dimatikan semula, kemudian dihidupkan kembali dan sesungguhnya kepadaNya kita akan pulang.

v Biar menjadi orang muda berjiwa tua dan soleh. Jangan menjadi orang tua berjiwa muda dan kufur.

v Telah menjadi lumrah hidup kerana tiap yang kita impikan jarang dan sukar menjadi kenyataan seperti mana yang diharapkan.

v Sahabat yang baik akan menegur keburukan temannya kerana tidak sanggup melihat temannya tersungkur kerana keburukannya itu.

v Sesungguhnya kesenangan itu guru yang baik. Namun begitu kesukaran adalah guru yang paling baik kerana ia mengajar kita erti ketabahan manakala kesenangan menjadikan kita lalai.

v Bekerja itu relax. Keseronokan bekerja itu relaxtion.

v Jika seluruh manusia semesta alam sepakat mengurniakan kita sesuatu maka janganlah kita bangga. Jika seluruh manusia semesta alam sepakat mencaci kita janganlah kita bimbang. Sesungguhnya tiap yang berlaku itu telah menjadi ketetapan Allah. Jika ia mengkhendaki sesuatu itu terjadi maka terjadilah.

v Jika ingin menyelesaikan masalah kita mesti berani menghadapinya bukan lari darinya.

v Wanita diciptakan dari rusuk kiri lelaki bukan dari kepala untuk mengatasi lelaki. Bukan dari kaki untuk sentiasa di bawah lelaki tetapi sentiasa di samping lelaki, rapat dengan lengan lelaki untuk dilindungi.

v Jika kita belajar dari kehidupan kita mendapat pengalaman. Jika kita belajar dari guru kita mendapat ilmu. Jika kita belajar dari kematian kita mendapat ikhtibar.

v Pertama kali tersukar. Tetapi ibarat denai sekali dilalui menjadi pembuka jalan.

v Jadikan kehidupan sebagai bunga manakala kasih sayang sebagai madunya.

v Sayangilah diri sendiri dahulu sebelum belajar menyayangi orang lain.

v Jika kita belajar dari kawan baik kita dapat nasihat. Jiak kita belajar dari kawan jahat kita dapat laknat.

v Seorang juara tiada masa untuk menceritakan hal orang lain. Tetapi mereka yang tewas sering mencari kesalahan orang lain dan menceritakan keburukan orang lain.

v Surat menjadi kenangan abadi tidak seperti kata-kata.

v Ucapkan kepada orang lain dengan kata-kata yang baik nercaya kita beroleh bahagia pada hari kiamat.

v Berkata tentang yang baik itu mudah. Tetapi membuat pekara yang baik itu sukar. Yang paling sukar adalah ikhlas dalam membuat kebaikan.

v Lelaki yang gagah boleh berdikari dalam sebahagian besar hidupnya.

v Kejayaan adalah ibarat gunung dimana kita tidak boleh mendakinya dengan tangan menyeluk saku.

v Jika pemikiran menguasai diri, kita adalah raja. Jika nafsu menguasai diri, kita menjadi hamba.

v Ketenangan fikiran hanya boleh didapati di dalam hati bukan dihayalan yang jauh merewang.

v Sumber ilmu itu adalah mendengar, melihat, berfikir dan membaca.

v Jauhilah diri kita dari sifat riak kerana hikmahnya tidak dapat dimengerti dan fitnahnya tidak dapat dielak.

v Tanda iman itu ada empat iaitu Takwa, Malu, Bersyukur dan Sabar.

v Pahlawan adalah seorang yang pernah jatuh dan bangun semula untuk meneruskan perjuangan.

v Tiada manusia yang merancang untuk gagal, Cuma selalunya mereka gagal untuk merancang.

v Samaada kita seorang yang optimis atau seorang yang permisis ianya bergantung kepada teropong terakhir yang kita gunakan untuk melihat kehidupan.

v Kadangkada dalam menungan kita terdapat butir-butir ilham yang boleh dijadikan panduan atau perhiasan dalam hidup.

v Sebutir keringat yang menituik kerana Allah adalah lebih baik daripada bermandi peluh kerana perbuatan yang sia-sia demi lautan kemewahan yang dipersiakan.

v Orang suka tengok kita ketawa kerana kita pandai. Tapi orang juga seka tengok kita ditertawakan kerana kita bodoh.

v Orang suka tengok kita ketawa sebab gigi kita cantik. Orang juga suka tengok kita diketawakan sebab gigi kita ronggak.

v Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Hanya hasrat manusia sahaja yang sempurna.

v Aku bukan seorang penyair namun sejak aku mengenalimu aku menjadi penyair.

v Tambahkan pengetahuan, tanamkan keinginan, tekun melaksanakan, tidak mengalah bila dihalang, jujur dalam perbuatan dan kritikan adalah asam garam kehidupan. Yang bijak akan mengambil hikmah. Yang lemah dan tolol hanya menangis, melenting, kecewa. Marah. Berdendam dan dengki. Ini adalah kerja syaitan. Yang bijak hidup berprinsip. Yang lemah menjadi terhimpit.

v Pemandu dan tukang gunting rambut boleh bercakap apa sahaja tentang pentadbiran negara kerana mereka tidak memikul tanggungjawab tersebut.

v Pilihlah kerja yang kamu suka nercaya kamu tidak perlu bekerja seumur hidup.

v Memberi dengan kerelaan nescaya kita akan dapat merasai kemanisan keikhlasan.

v Kekayaan membuat seseorang selalu sibuk.

v Hidup merupakan satu perjalanan yang indah namun tiada siapa tahu apa akan berlaku pada hari esok.

v Yang membisu, kerja tak menjadi. Yang maju ke depan akan mendapat jalan.

v Memang banyak kenangan dalam hidup tapi jangan jadikan kenangan sebagai kehidupan.

v Ia bukan bunga jika tidak kembang. Ia bukan angin jika tidak bertiup. Ia bukan petir jika tidak bersinar. Ia bukan sungai jika tidak mengalir. Ia bukan namanya insan jika tidak dilanda kegelisahan.

v Antara sifat wanita yang mulia itu, apabila ia cantik ia tidak menyedari kecantikannya. Apabila ia menyedarinya ia bersyukur dan tidak berbangga diri.

v Hidup umpama lautan yang terbentang luas menganjur ke kaki langit, terbuka dan mempersilakan insan untuk mencari kebebasan hidup, kenikmatan dan kekayaan tanpa akhirnya di bawah lingkungan Illahi.

v Sudah lama aku tiak bersyair, tapi bila kenal denganmu aku kembali bersyair. Sudah lama aku tak melukis, tapi bila kenal denganmu aku kembali melukis. Sudah lama aku tidak merindu, tapi bila kenal denganmu aku kembali merindu. Sudah lama aku tidak kemaruk kasih, tapi bila kenal denganmu aku kembali kemaruk kasih.

v Ramai berkawan berpengalaman. Jauh berjalan luas pandangan.

v Akhlak adalah sebaik-baik sahabat. Akal adalah sebaik-baik Teman. Adab dan sopan adalah sebaik-baik warisan.

v Kesilapan orang bijak adakalanya dijadikan undang-undang. Kebenaran orang bodoh tidak diendahkan malah diperbodohkan.

v Teruskan hidup dengan langkah pertama kerana beringin yang rendang berasal dari sebiji benih dan garuda yang melayang di udara berasal dari sebiji telur.

v Indah itu sederhana. Sesuatu yang sederhana lebih menarik dan tidak menjemukan.

v Manusia tidak pernah berjumpa pasangan yang silap tetapi manusia sering menjadi pasangan yang silap.

v Undur selangkah bukan bererti tewas teapi untuk mara sepuluh langkah ke hadapan mengapai kecemerlangan.

v Bila insan bermaruah rendah menjadi masyhur ia akan bertukar menjadi angkuh.

v Tidak kenal seorang Dermawan kecuali ketika kesesahan. Tidak kenal seorang Pahlawan kecuali di medan peperangan. Tidak kenal seorang Penyabar dan Bersopan kecuali di masa kemarahan.

v Mengharap pada yang terbaik. Bersedia pada yang buruk. Terima sahaja apa yang datang.

v Ubat yang baik pada tubuh badan adalah rehat dan puasa.

v Masa itu musuh manusia untuk mencari kembali kenangan manis yang berlalu.

v Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan kita. Pelajaran pula adalah teman seumur hidup kita.

v Sebijak-bijak manusia ia hanya dapat menghitung usianya yang terpakai sahaja tidak baki usianya kerana ia tetap menjadi rahsia Allah.

v Lelaki yang berani adalah lelaki yang tidak pernah singgah di daerah persembunyian tetapi lelaki yang terus pergi ke dalam cita-cita tanpa menipu jiwanya atau masuk ke dalam fikiran-fikiran bijak tanpa mengelirukan hati kecilnya.

v Jangan menjadi seperti orang Barat yang tangan mereka bolah mencapai awan tetapi kaki bergelumang lumpur.

v Kanak-kanak memerlukan lebih banyak contoh daripada keritikan.

v Wang bukanlah merupakan harta yang berharga. Harta yang paling berharga ialah keimanan. Kekuatan seseorang terserlah apabila ia menggunakan keimanan untuk melakukan pekara yang memberi kekuatan pada dirinya. Untuk menjadi seorang yang beriman kita mesti tahu cara untuk mengawal diri.

v Apabila kita berfikir tentang kemajuan, sembilan puluh peratus daripada kesangsian yang timbul adalah tidak tepat.

v Kematian bukanlah suatu pekara yang menakutkan jika beriman. Yang paling menakutkan adalah kematian yang memalukan tanpa iman.

v Ibu sanggup berkorban untuk anaknya. Ahli falsafah berkorban untuk memberi pendidikan. Tentera berkorban untuk negara. Tindakan semua pekara ini mendatangkan suatu kesan iaitu Kebaikan.

v Harta biasanya akan memecah belahkan ikatan kekeluargaan jika ia tidak dibajai dengan kasih dan sayang.

v Sempatkah seorang yang melontar batu dari puncak gunung turun untuk menyambut kembali batu yang dilontarkanya itu.

v Penilaian datang dari pengalaman dan pengalaman datang daripada penilian yang buruk.

v Penulis muda menginginkan segalanya dengan cepat. Cepat menyiapkan kerja, cepat mencetak, cepat dibayar dan cepat dikenali. Yang mereka tidak inginkan adalah cepat jatuh. Namun yang anehnya itulah yang mereka dapat.

v Kami sama-sama menceburi bidang seni. Dia di pentas nyanyian di hadapan ribuan penonton, sedangkan akau di bilik sunyi dengan bertemankan pena dan kertas. Tiga puluh tahun kemudian dia tiba-tiba hilang dari pentas nyanyian, sedangkan aku masih di bilik sunyi bertemankan pena dan kertas yang bertimbun.

v Jangan memikirkan keburukan sahaja kerana keburukan itu datang mendahului kebaikan.

v Jangan merasa segan untuk memulakan perniagaan walaupun dangan modal yang kecil. Kejayan yang bakal dirasai kerana usaha kecil ini akan memberikan kita idea besar untuk berusaha lebih kuat. Kita mesti berusaha dahulu sebelum bantuan akan dihulurkan oleh orang lain.

v Kita memerlukan kepercayan di usia remaja,di pertengahan umur dan di akhir hayat kita.

v Janganlah merasa putus asa apabila menghadapi rintangan dan kegagalan dalam hidup. Sekiranya kita terus berusaha ianya bermaksud yang kita telah mengambil keputusan untuk meningkatkan keadaan hidup kita. Rahsia hidup ini adalah usaha yang gigih dalam apa jua bidang.

v Harapan setiap mukmin :
Pertama - Jika kita didak dapat memberikan menafaat kepada orang lain maka janganlah kita menyusahkan mereka.
Kedua - Jika kita tidak dapat memberikan kegembiran pada orang lain maka janganlah kita mendukacitakan mereka.
Ketiga - Jika kita tidak mahu memuji orang laim maka janganlah kita mencela mereka.

v Memujilah........! Manusia memang mempunyai tabiat ingin dipuji. Jadi pujilah tanpa merasa dengki. Orang memuji dapat menunjukan betapa luasnya pemikiran mereka. Orang yang dipuji mendapat semangat baru untuk terus berusaha lagi.

v Jangan dengar dan percaya pada lelaki yang bercakap tentang kemiskinan, sedangkan dia sedang minum kopi dengan dua keping roti dan dua biji telur separuh masak, isteri yang tolong mengikatan tali leher dan pemandu yang menunggu untuk memandunya ke tempat kerja.

v Kalau pengalaman harus dibeli, orang miskin tidak beroleh pengalaman apa-apa.

v Sesuatu yang datang dari mulut hanya singgah di telinga. Sesuatu yang datang dari hati akan terus ke sanubari lantas menjadi ingatan.

v Cita-cita yang luas menjadikan dunia semakin sempit.

v Cara yang baik untuk membasmi kemiskinan adalah rezeki dari sumber yangt halal, kreana rezeki dari sumber yang halal tidak akan menemui kemiskinan.

v Menulis puisi adalah umpama seperti memandu di malam hari ketika hujan lebat dan gelap. Segala-galanya di sekeliling kita kabur. Tidak lama selepas itu, pandangan kita menjadi semakin terang, perjalanan kita semakin mudah.

v Kalau kita menjadi hamba wang RM 2000 sebulan tidak cukup. Tetapi kalau wang menjadi hamba kita RM 200 sebulan sudah mencukupi.

v Sekiranya ingin menjadi kaya berbelanjalah hanya 1/3 daripada pendapatan. Kenapa kita masih tidur..? Kita boleh maju lagi dalam hidup. Kita boleh meningkatkan lagi taraf hidup kita. Selapas itu perolehilah sikap penyayang, belas kasihan, menghormati orang lain dan usaha yang gigih. Gunakanlah ke empat-empat ini untuk mencari kekayaan dan kesenangan dalam dunia ini.

v Jika kita terjaga dari tidor sebagai seekor kencil maka kita harus belari lebih pantas dari harimau agar tidak menjadi habuannya. Jiak kita terjaga dari tidor sebagai seekor harimau maka kita harus belari lebih pantas dari kancil agar kita tidak terlepas habuan kita.

v Persahabatan akan berbunga mekar apabila disirami pencuran aia kemaafan.

v Untuk setiap perbuatan kita, hati kita umpama raja. Sekiranya badan boleh diumpamakan besi waja maka hati adalah megnetnya. Perkataan-perkatan yang baik, positif dan penuh semangat boleh sampai keseluruh tubuh kita dan dapat memberi kita semangat baru untuk menghadapi kehidupan denmgan penuh kepercayan dan berkeyakianan. Oleh itu harus berusaha dan cekalkan hati. Hati yang cekal dapat meghadapi segala rintangan yang timbul.

v Meterialistik adalah objek yang sering mendiskrisminasikan menusia.

v Apa yang berlaku hari ini tidak mustahil akan berulang. Bersedilah untuk menghadapinya.

v Kejahatan tidak dapat mengatasi kebenaran. Niat yang baik tidak akan melakukan pekara yang haram.

v Tiada istilah ‘Robin Hood’ dalam Islam kerana mencuri itu tetap haram.

v Jika kita takut kepada Allah maka kita dekat-dekatkan diri padaNya. Jika takut pada sesama manusia maka kita jauh-jauhkan diri dari mereka.

v Sesiapa yang mengetahui sesuatu yang subahat lalu ia meninggalkannya maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.

v Mengalah dengan perasaan adalah lebih baik daripada melawan dengan perkataan.

v Keindahan paras rupa hanyalah dari pendangan mata. Keindahan yang asli adalah melalui sentuhan jiwa.

v Orang bersalah tidak takut pada hukuman tetapi ia lebih takut kepada nasihat yang realistik.

v Cuba belajar mengawal perasaan kita di saat-saat genting dan di saat-saat gembira nercaya Allah akan merestui kita.

v Si Warak tidak melakukan dan akan menjauhi sesuatu yang subahat.

v Batu yang bergolek tidak akan melekat lumut padanya. Begitu juga dengan manusia, jika suak berpindah randah tempat kediaman atau kerja tidak akan mendapat hasil atau faedahnya.

v Jangan terlalu banyak meminta hingga kita tidak berkesempatan untuk memberi.

v Manusia yang tamatkkan wang ringgit akan hilang kemanusiaan demi untuk mengaut keuntungan.

v Kita boleh mengadaikan apa sahaja untuk mendapatkan kebebasan bersuara tetapi jangan sesekali mengadaikan kebebasan bersuara demi kepentingan diri sendiri.

v Kemeseraan melampaui semua sempadan, merintangi semua halanagan dan menyeberangi semua lautan.

v Kebahagian tidak perlu dicari. Ia perlu dicipta.

v Kebencian boleh membunuh. Kasih-sayang boleh menghidupkan dan kekal abadi.

v Sesungguhnya masa tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap manusia. Ia pasti berlalu.

v Seorang ibu walaupun kehilangan seorang anak yang disayangi, ia masih mempunyai kenangan melahirkan, membesarkan dan menyanyanginya. Semua itu ada rahmatnya.

v Kehidupan ibarat sekuntum bunga dan kasih sayang adalah amdunya.

v Setiap yang ada di dunia ini berpasangan. Berikhtiarlah untuk tidak memisahkannya.

v Kemanisan yang tiada batasan akan menjadi racun.

v Kasih dan sayang serta sikap saling membantu adalah tanda rumah tangga yang bahagia.

v Bukan senang untuk mencantumkan sesuatu yang telah retak. Oleh itu jangan meretakan sesuatu yang tidak dan mudah rosak.


v Biar kita lambat memberiakn janji tetapi cepat menunaikannya.

v Manusia tidak akan berhenti dari menilai orang lain. Jangan bersusah payah menutup mulut mereka kerana kehadiran kita sebenarnya meninggalkan kesan di hati mereka.

v Sebutir embun umpama sebutir permata apabila kemarau panjang.

v Buah fikiran atau kepakaran dalam membuat sesuatu tidak dapat menentukan kejayan. Untuk berjaya kepakaran mestilah disertai dengan kepakaran dalam pengurusan dan pemasaran.

v Pesanan untuk orang muda, jangan cakap takbur ketika badan masih subur. Kelak fikiran menjadi kabur. Maka ingat-ingatlah lubang kubur.

v Pesanan untuk orang tua, bila, rambut mula gugur, bila gigi mula gugur, bila pandangan mula kabur, tubuh badan mula kendur, maka ingat-ingatlah lubang kubur.


v Adakalanya kita begitu sepi dalam penantian, maka bawalah teman agar kita tidak kesepian. Sebaik-baik teman adalah Al-Quran.

v Ada ketikanya kita tidak tahu apa yang kiata menung dan renungkan, maka menung dan renungkan diri sendiri serta kebesaran Illahi. Sesungguhnya itu adalah sebaikbaik menungan dan renungan.

v Ada orang ketawa apabila kita menangis. Kita menangis kerana insaf dan gembira. Aada orang menangis bila kita ketawa. Kita ketawa kerana lupa diri dan lupa Illahi.

v Kita menangis kerana berjaya, kerana jiwa bahagia. Kita menangis kerana gagal, kerana jiwa sengsara.

v Kebaikan amat sukar diamalkan. Bila diamalkan jiwa bahagia. Kejahatan amat mudah diamalkan. Bila diamalkan jiwa sengsara.

v Orang yang bercita-cita besar selalu mendapat halangan yang besar. Sesungguhnya kecil besar halangan melambangkan kecil besarnya cita-cita.

v Orang yang berjaya mengatasi keadaan adalah orang yang lebih cemerlang daripada keadaan itu sendiri.

v Adanya hari ini dengan adanya hari semalam. Namun kadang kala semalam, hari ini dan esok tidak wujud dalam memori orang yang lalai, bebal dan gila.

v Kiat merasa kenyang bila kita makan, itu lah santapan jasmani. Tapi ada ketikanya kita semakin lapar bila kita makan, itulah santapan rohani.

v Semakin banyak kita pelajari semakin banyak kita tidak tahu, itulah ilmu.

v Bila kita dekat kita rasa bahagia. Bila kita jauh kita rasa sengsara, itulah rindunya namanya. Sebaik-baik rindu adalah rindu pada Allah.

v Mengapa kita harus menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain dan mengapa kita tidak menjadi lampu neon yang menerangi alam tetapi tidak terbakar.

v Tiada kejutan yang lebih mengejutkan kecuali mati mengejut. Sesungguhnya manusia tidak dapat meramalkan hidup atau mati walau sesaat di hadapan.

v Biar banyak asalkan ia menjadi penawar, itulah ubat. Jangan sedikit tetapi ia memudaratkan itulah racun.

v Orang yang mengasihi ibu bapa mereka tidak akan membenci orang lain.


v Kita tidak akan merasa sedih dengan orang yang tidak menghormati kita. Tetapi kita merasa sedih kerana kita tidak memahami perangai meraka.

v Sekiranya kita tidak memahami nilai hidup bagaimanakah kita boleh mengetahui tetang kematian.

v Allah tidak berubah, Cuma pendapat orang tetangnya sahaja sering berubah.

v Demokrat yang paling mengetahui ialah Allah. Kerana Allah memberi kita pilihan di antara kebaikan dan keburukan.

v Sesungguhnya dalam tubuh manusia terdapat satu urat yang tidak mengalir darah padanya kecuali hanya ketika sujud dalam solat dan pada Allah.

v Ilham datang tanpa diduga dan diundang. Jika baik ambil dan jadikan pedoman. Jika jahat singgirkan ia jauh dari hidup kita.

v Jangan percaya pada manisnya mulut tetapi itulah yang menjerat ramai manusia.

v Seelok-elok wanita apabial ia cantik ia tidak menyedari kecantikannya. Apabila ia menyedari kecantikannya ia bersyukur dan tidak menggunakannya untuk merosak agama, maruah dan dunia.

v Pengalaman adalah seorang guru yang paling baik. Ia mendidik kita banyak hal dalam hidup.

v Jiwa yang suci selalu berada berhampiran dengan kebenaran.

v Orang miskin menjadi bodoh kerana kebuluran. Orang kaya menjadi bodoh kerana ketamakan. Sesungguhnya kealpaan dan kekenyangan menghapuskan jiwa manusia.

v Membesarkan kanak-kanak adalah tugas yang susah. Namun pekara yang paling susah lagi menyusahkan adalah mengajar seseorang menjadi budiman.

v Ayah dan Ibu – Jasa dan pengorbananmu bagai air sungai yang sentaias mengalir tanpa penghujung. Anak – gapai dan kenangi jasa dan pengorbanan ayah seta ibu. Jadikan ia pedoman dalam meniti titian hidup. Tanpa ayah dan ibu kita tidak bisa melihat mentari.

v Apa jua keadaannya sahabat sejati akan sentiasa berada di sisi. Sahabat sejati akan bersama kita menempuhi hari-hari gelora.

v Kadang-kadang kita kena percaya pada cerita lampau. Yang sukar dipercayai namun kini semakin jelas kebenarannya.

v Masyarakat seumpama sekawan biri-biri. Ia sentiasa memerlukan seorang gembala.

v Kecantikan umpama pemerintahan kuku besi yang tidak kekal lama.

v Sebelum membuat kebaikan kepada orang lain maka berhentilah dari membuat kejahatan.

v Oh..! dunia aku tiba di pesisiranmu sebagai seorang asing. Tinggal di rumahmu sebagai seorang tetamu dan berlepas dari kediamanmu sebagai seorang sahabat.

v Perawan yang pintar tidak akan merasai kemarahan teruna yang rupawan lagi pintar.

v Kadang-kadang kita keliru antara kebenaran si pembohong lagi pembelit dengan kebatilan si jujur.

v Kadang kala adalah lebih baik menjadi batu di dasar sungai yang sentiasa bergolek, walau tidak melekat lumut namun sentiasa bersih.

v Ramai orang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain untuk menindas, memijak, memperbodoh dan segala bentuk penginyayaan untuk kepentingan diri sendiri.

v Khabar angin umpama udara busuk lagi beracun yang keluar dari mulut orang yang berbau.

v Wanita biasanya akan mengeluarkan rahsia tentang diri mereka sewaktu tidur bersama suami. Mereka akan mengeluarkan rahsia suami mereka ketika marah.

v Manusia yang mempunyai fikiran yang waras sentiasa berjuang untuk hidup. Apabila dia tidak berfikiran waras ia akan membunuh diri.

v Orang yang bersemangat waja tidak perlukan sebarang senjata.

v Mempunyaai memori yang baik tidak semestinya mengambarkan kebijaksanaan seseorang sepenuhnya.

v Jangan membunuh satu nyawa walau hanya seekor semut jika kita tidak mampu menghidupkannya kembali.

v Seorang penipu sarapan paginya berintikan bohong, makan tengah harinya berulamkan temberang dan makan malamnya berlaukan dusta.

v Orang di bawah tidak tahu apa yang orang di atas tahu kerana ia tidak pernah ke atas. Tetapi otang di atas tahu apa yang orang di bawah tahu keran ia pernah berada di bawah sebelum ke atas.

v Lelaki di kalangan wanita menjadi pondan. Wanita di kalangan lelaki menjadi tomboy. Maka kawal jantina kita.

v Seorang peniaga mesti memandang seorang pelanggan umpam seekor ayam telur yang akan bertelur setiap hari bukan umpama ayam daging yang akan disembelih dan dimakan dagingnya untuk sehari.

v Pengalamam buruk adalah guru yang paling kejam kerana ia menguji kita terlebih dahulu kemudian baru memberi pengajaran

v Banyak diam tidak semestinya bodoh. Banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran.Orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap.

v Menasihatkan orang yang bersalah itu tak salah. Yang salah adalah asyik memikirkan kesalahan orang.

v Hikmah diam :
- Ibadah tanpa bersusah payah.
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
- Istirehat bagi kedua-kedua malikat pencatat amal.
- Menutup segala aib.

v Menasihatkan orang yang bersalah itu tak salah. Yang salah adalah asyik memikirkan kesalahan orang.

v Menasihatkan orang yang bersalah itu tak salah. Yang salah adalah asyik memikirkan kesalahan orang.

v Setiap yang benar betapa ditekan tetap menjalar. Walau tanpa dibaja akan tetap mekar. Walau tanpa udara pun akan tetap segar.

v Hidayah Allah umpama air hujan yang membasahi bumi. Apabila hujan membasahi bumi yang subur akan tumbuh tumbuhan. Apabila hujan membasahi bumi yang gersang dan kering kontang tiada tumbuhan yang tumbuh. Begitu juga hidayah Allah apabila ia diterima oleh mereka yang berhati lembut ia akan beriman. Apabila ia diterima oleh mereka yang berhati keras ia akan kekal jahil.

v Hakikat hijjrah adalah hijjrah dari kejahatan. Hakikat Jihad adalah jihad menentang hawa nafsu.

v Jika kejahatan dibalas kejahatan itu dendam namanya. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu biasa. Jika kejahatan dibalas kebaikan itu kemuliaan. Jika kebaikan dibalas kejahatan itu kezaliman.

v Keberanian adalah ketakutan yang disimpan dengan rapi.

v Sesungguhnya ramai golongan bijaksana kafir telah memeluk Agama Islam kerana mereka mengkaji dan arif tettang rahmat dan nikmat Islam. Dan amai umat Islam yang jahil telah murtad kerana mereka malas mengkaji tentang rahamat dan nikmat Islam.

v Keamanan akan pupus apabila sifat persaudaraan pupus.

v Indahnya Gagal : Gagal itu indah bagi orang yang bertakwa kerana kegagalan melahirkan seribu hikmah dan muhasabah diri.

v Cerita politik tanpa ekonomi buang masa. Cerita ekonomi tanpa agama adalah sis-sia, terpedaya dan sengsara akhirnya.

v Bagi seorang politikus semua orang adalah musuh hingga terbukti dia adalah kawan. Bagi seorang Islam semua orang adalah bersaudara hingga terbukti di adalah musuh.

v Benci terhadap dosa yang dilakukan seseorang bukan benci orang yang melakukan dosa kerana dosa tetap dosa tidak boleh berubah. Manusia boleh berubah.

v Kata orang-orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya di tidak akan berasa lapar.

v Sesuatu kesalahan dan kenungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan.

v Orang yang busuk hatinya adalah orang yang sering memandang kelemahan dan berperasangka buruk terhadap teman atau sahabat tenpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan.

v Di antara golongan yang dibenci Allah ialah orang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim.

v Hakikat pada sesuatu pekara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab. Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya.

v Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu orang penyabar. Sesiapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu dia adalah syaitan.

v Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah orang yang dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain.

v Jika hari ini adalah hari terakhir bagi kita, pernahkah kita menghitung amal kebaikan dan keburukan kita..?. Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia menghadapinya.

v Bila kita diuji dengan kemiskinan, kiat mampu untuk bersabar. Tetapi bila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa diri dan alpa. Maka biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.

v Dalil dakwah bagi seorang wanita adalah dengan keindahan rumahtanmgga yang dijaga dengan amanah harta suaminya. Dalil dakwah bagi seorang lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat disekelilingnya.

v Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi segala-galanya memerlukan wang. Hiduplah atas Qada @ Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu.

v Kejayaan sesuatu perniagaan atau urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan olah Allah kepad hambanya. Sesungguhnya 90% dari kekayaan di dunia ini datangnya dari perniagaan.

v Insan yang bijak adalah insan yang sering meningati mati, susunan hidupnya teratur, silaturahim dijaga dan amanah dilaksanakan seta tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.

v Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman. Perjalan yang baik adalah perjalanan untuk mengenal Allah kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan.

v Dalam sejarah para 25 Rasul, tersembunyi kisah kehidupan manusia sejagat. Barang siapa yang membaca kisah itu nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummah.

v Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.

v Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat kemungkaran juga kepa mereka yang kononnya ALIM tetapi tiada berbuat apa-apa terhadap kemungkaran tersebut.

v Tiada ada yang lebih baik bagi seseorang lelaki di Akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibubapa, anak-anak dan isterinya dari api mereka.

v Kasih sayang di antara suami & isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya.

v Pintu syurga terbuka luas kepada mana-mana wanita yang menjaga solatnya, puasanya, dan taat kepada suami dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang.

v Pahala jihad boleh diperolehi oleh seorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih serta lesu.

v Mereka yang malu memohon kepada ALLAH selalu adalah di antara mereka yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kekufuran.

v Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaanya, seseungguhnya orang yang pemurah itu adalah hampir dengan syurga.

v Tanda sejahtera itu adah tidak rakus dunia, semangat kepada ibadah, kurang berbicara, menjaga solat, bersahabat dengan solihin, menjaukan yang haram, pemurah, insani, berguna kepada orang lain dan sering ingat kepada mati.

v Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikirullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan. Sesungguhnya itulah titik mula bagi insan soleh.

v Sebahagian dari tanda bersyukur itu adalah jujur, taat, redha seta ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut jelaslah ia kufur. Sesungguhnya kufur itu lebih hina dari kafir.

v Istiqhlas adalah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk, sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah SWT sebagai tanda syukur.

v Benteng kepada nafsu itu adalah syukur, kota kepada syukur adalah redha. Maka peliharalah redha dengan ikhlas dan bajai ikhlas dengan istiqhlas (sering berbuat baik dan kebajikan).

v Al-Quran itu adalah manual dan penduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

v Kata orang arifbillah, di antara sifat pada seorang ulama adalah amat takut kepada Allah SWT walaupun nyawanya jadi taruhan.

v Sesuatu kesalahan dan kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan.

v Orang yang busuk hatinya adalah orang yang sering memandang kelemahan dan berperasangka buruk terhadap teman / sahabatnya tenpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan.

v Bermula kekufuran di dalam kehidupan adalah apabila kita alpa pada kesyukuran nikmat yang diperolehi sehingga kita menjadi rakus, tamak dan haloba.

v Makrifat nafsu mengenal ROH, hakikat nafsu mengenal diri, tarikat nafsu mengenal waktu dan syariat nafsu (lelaki) mengenal isteri.

v Rezeki yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita. Tidak semestinya banyak, tetapi mencukupi. Sesungguhnya syukur itu adalah bentang dari rezeki yang haram.

v Sesuatu kerja itu bergantung kepada niat, maksud, fikir dan matlamat. Kejayaan atau kegagalan itu disertakan hikmah dan ujian untukm difikir serta direnungkan.

v Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan.







No comments:

Post a Comment