Friday, April 2, 2010

Nasi Lemak

NASI LEMAK

Nasi Lemak Al Punya Al Kesah

Pada zaman dulu-dulu nun jauh diceruk kampong tinggal satu keluarga, ibu ayah bersama seorang anak dara yang cantik manis. Orang sekarang kata CUN. Mak bapak anak dara Cun nie kejanya motong getah Anak dara nie walau pun cantik tapi tak besekolah dan bekerja. Asyik memerap kat rumah aja. Tapi dia ada satu kelebihan iaitu pandai memasak. Masak apa saja yang disuruh oleh emak bapak dia ‘grenti’ dia akan masak dan sedap pulak tu.

Nak dijadikan cerita selain pandai memasak anak dara nie pandai mencipta respi-respi yang tak terlintas kat kepala orang sezaman dengan dia. Macam-macam respi yang dia cipta. Dari kuih temosa / karipop hinggalah ke air batu campur. Air batu campur ala A Go..Go pun ada. Pendek kata setiap respi yang dia cipta pasti ada nama.

Entah macam mana suatu hari dia terasa semacam aja dan boring bila tiap-tiap hari kena masak nasi dan lauk untuk mak bapak dia. Kalau masak nasi putih hari-hari pun muak juga. Nasi minyak dia dah selalu masak. Nak masak nasi tomato, buah tomato pulak susah dapat. Jadi dia terfikir kat sekeliling umah dia banyak pokok kelapa. Apa lagi dia jolok buah kelapa, kupas, parut dan dia ambil santannya. Sikit untuk masak ikan keli, sikit lagi dia campurkan dalam nasi. Bila siap masak ia pun hidangkan untuk mak bapak dia yang baru balik dari motong getah.

Masa makan, mak bapak dia rasa semacam kat nasi yang Si anak dara masak. Si emak bapak saling berpandangan. Memang sedap dari nasi putih yang Si anak daranya selalu masak.. Ketika itu Si anak daranya berada kat dapur. Si Emak tak puas hati dan bertanya kat anak daranya nasi apa yang Si anak dara masak. “Noi..! nasi apa yang kau masak nie…!!!?” Si anak dara nie pening kepala nak jawab apa, sebab dia tak tau nasi apa yang dia masak. Tengah terpinga-pinga dia pun menjawab “ ##**#* Nasi le…..mak…...!”. Maknya tak puas hati dan bertanya lagi. “Nasi apa yang kau masak nie Noi..?”. Jawab Si anak dara “Nasi le..…mak…..!”. “Nasi apa ..?” Tanya mak dia lagi sebab tak puas hati . “Nasi le…mak…” jawab Si anak dara tu. “Ooooo…NASI LEMAK” balas maknya.

Semenjak hari tu Nasi Lemak dapat nama dan terkenal se antero dunia.

No comments:

Post a Comment