Friday, March 12, 2010

Ilmu Dan akal

Akal, Ilmu dan Agama

v Orang yang berakal tanpa agama adalah Sesat. Orang yang beragama tanpa akal adalah Beku. Oleh itu kahwinlah antara akal dan agama maka akan lahirlah Hikmah.

v Sesat orang berakal dan berilmu berpenghujung. Ia akan sedar dalam lena. Sesat orang yang tidak berakal dan berilmu tiada penghujung. Ia akan terus sesat dalam jaga. Sesungguhnya orang berakal dan berilmu tidak akan sesat walau dalam lena.

v Ilmu yang sedikit tidak akan membawa kita kemana-mana.

v Tuntutlah ilmu setinggi kejora di langit. Rendahkan kejahilan serendah kelikir di dasar
lautan.

v Si miskin tanpa ilmu dan agama bila menjadi kaya akan bongkak serta munafik. Si kaya tanpa ilmu dan agama bila menjadi miskin akan menderita serta munafik.

v Keindahan hati itu dengan takut dan takwa pada Allah. Keindahan akal dengan bersyukur. Kenindahan lidah itu dengan diam dan berzikir. Keindahan wajah itu dengan ibadah. Keindahan hidup di dunia itu dengan meninggalkan kehendak hawa nafsu.

v Orang berakal tidak merasakan kemiskinan walaupan kekurangan wang dan harta benda. Tetapi ia akan merasa miskin bila kekurangan ilmu.

v Akal yang waras adalah lambang kematangan fikiran dan hanya lahir dari keimanan yang tebal.

v Hidup di dunia biar kaya agama, kaya harta, kaya malu, kaya akhlak dan kaya pemurah.

v Adab dan akal mempertinggi martabat diri.

v Berfikir adalah perbualan kita dengan hati.

v Sesungguhnya orang yang sabar itu adalah orang yang berakal dan beriman. Sekiranya ia berakal dan beriman ia adalah orang yang berbudi perketi. Sekiranya ia adalah orang yang berbudi pekerti ia adalah seorang yang mulia. Sekiranya ia seorang yang mulai ia adalah seorang yang tahu akan erti kesabaran.

v Nasihatkan dan peringatkan anak-anak kita dengan agama dan wasiatkan kepada mereka agar mereka mati dalam keimanan.

v Cerita agama tanpa ilmu adalah buta dan sesat. Cerita ilmu tanpa amal adalah pembohong, pendusta lagi munafik.

v Hakikat buta bukan buta mata tetapi buta hati. Hakikat miskin bukan miskin harta tetapi miskin ilmu, iman, agama dan budi pekerti.

v Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugrah bagi ketenangan.

v Al-Quran itu merupakan manual dn panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

v Al-Quran itu adalah penduan hidup. Andai kita menhgadapi kemusykilan, rujuklah kepadanya dengan penuh tawaduk walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.

v Kata orang arifbillah adalah di antara sifat pada seorang ulamak. Dia amat takut kepada Allah S.W.T, walaupun nyawanya jadi taruhan.

No comments:

Post a Comment