Friday, March 12, 2010

Ilmu Dan akal

Akal, Ilmu dan Agama

v Orang yang berakal tanpa agama adalah Sesat. Orang yang beragama tanpa akal adalah Beku. Oleh itu kahwinlah antara akal dan agama maka akan lahirlah Hikmah.

v Sesat orang berakal dan berilmu berpenghujung. Ia akan sedar dalam lena. Sesat orang yang tidak berakal dan berilmu tiada penghujung. Ia akan terus sesat dalam jaga. Sesungguhnya orang berakal dan berilmu tidak akan sesat walau dalam lena.

v Ilmu yang sedikit tidak akan membawa kita kemana-mana.

v Tuntutlah ilmu setinggi kejora di langit. Rendahkan kejahilan serendah kelikir di dasar
lautan.

v Si miskin tanpa ilmu dan agama bila menjadi kaya akan bongkak serta munafik. Si kaya tanpa ilmu dan agama bila menjadi miskin akan menderita serta munafik.

v Keindahan hati itu dengan takut dan takwa pada Allah. Keindahan akal dengan bersyukur. Kenindahan lidah itu dengan diam dan berzikir. Keindahan wajah itu dengan ibadah. Keindahan hidup di dunia itu dengan meninggalkan kehendak hawa nafsu.

v Orang berakal tidak merasakan kemiskinan walaupan kekurangan wang dan harta benda. Tetapi ia akan merasa miskin bila kekurangan ilmu.

v Akal yang waras adalah lambang kematangan fikiran dan hanya lahir dari keimanan yang tebal.

v Hidup di dunia biar kaya agama, kaya harta, kaya malu, kaya akhlak dan kaya pemurah.

v Adab dan akal mempertinggi martabat diri.

v Berfikir adalah perbualan kita dengan hati.

v Sesungguhnya orang yang sabar itu adalah orang yang berakal dan beriman. Sekiranya ia berakal dan beriman ia adalah orang yang berbudi perketi. Sekiranya ia adalah orang yang berbudi pekerti ia adalah seorang yang mulia. Sekiranya ia seorang yang mulai ia adalah seorang yang tahu akan erti kesabaran.

v Nasihatkan dan peringatkan anak-anak kita dengan agama dan wasiatkan kepada mereka agar mereka mati dalam keimanan.

v Cerita agama tanpa ilmu adalah buta dan sesat. Cerita ilmu tanpa amal adalah pembohong, pendusta lagi munafik.

v Hakikat buta bukan buta mata tetapi buta hati. Hakikat miskin bukan miskin harta tetapi miskin ilmu, iman, agama dan budi pekerti.

v Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugrah bagi ketenangan.

v Al-Quran itu merupakan manual dn panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

v Al-Quran itu adalah penduan hidup. Andai kita menhgadapi kemusykilan, rujuklah kepadanya dengan penuh tawaduk walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.

v Kata orang arifbillah adalah di antara sifat pada seorang ulamak. Dia amat takut kepada Allah S.W.T, walaupun nyawanya jadi taruhan.

Demi Masa

DEMI MASA

MENEPATI MASA ( PUNCTUALITY)

Asalamualaikum kekawan / para teman.

Menepati masa atau punctuality adalah satu rasa hormat dari dalam diri seseorang kepada orang lain. Kita tidak boleh mengabaikan atau tidak mengambil kisah / selfish mengenai menepati masa kerana kalau kita gagal mematuhi masa ia akan tentu menyusahkan orang lain. Sebesar mana pun pangkat seseorang ia mesti akur dan patuh kepada menepati masa supaya hidup kita tidak menyusahkan orang lain.

Sekali kita menyusahkan orang lain, orang akan mendengar benda (kelewatan) itu sebagai alasan / reason. Kali kedua tak mematuhi masa, orang akan bercakap itu cari alasan / excuse. Ini bermakna alasan / reason dan cari alasan / excuse memang berbeza. Alasan / reason ada sebab. Cari alasan / excuse bermakna seseorang itu mencari sebab, mencipta sebab yang tidak munasabah.

Kali ketiga seseorang lewat dan menyusahkan orang lain kerana kelewatan tersebut, orang dah naik menyampah. Kali keempat kita lewat orang akan menyumpah. Bayangkan kalau 44 orang menyumpah / 44 kali orang yang lewat itu kena sumpah, boleh ‘suwey’ hidup orang tersebut.

Pekerja yang berdisplin dan bertanggung jawab amat mematuhi masa / punctual. Kalau masa memulakan kerja pada pukul 8.00 pagi, jam 7.45 mereka telah bersedia di tempat kerja. Jika seorang .pemandu’ telah bersedia dengan kerjanya. Telah periksa kenderan yang akan digunakan dan segala keperluan. Jika pekerja pentadbiran telah bersedia dengan kerja-kerja pejabatnya

Kalu pemandu. Bukannya datang lewat, dahlah datang lewat persediaan pun tak buat. Kenderaan tidak diperiksa sedangkan muatan telah menunggu. Kalu pekerja pejabat. Dahla datang lewat, komputer belum ‘ON’, kaunter belum dibuka sedangkan pelanggan telah menunggu. Pekerja yang macam nie patut dihalau balik dan tak payah bekerja pada hari tersebut (Cuti tanpa gaji) kerana etika kerja sebegini menyusahkan orang lain. Jadual kerja akan tergendala dan terbantut kerana sikap pekerja yang sebegini.

Bayangkanlah jika seorang pekerja itu orang penting dalam syarikat, CONTOHnya dalam sebuah INSTITUT MEMANDU atau seumpamanya. Seorang Jurulaith atau Penceramah yang dijadualkan bertugas pada hari ujian atau kelas ceramah, tapi datang lewat atau melewat-lewatkan kerja, ramai orang akan terlibat kerana kelewatan tersebut.

Dalam kerja PENTADBIRAN PEJABAT jika seseorang diamanahkan memegang kunci pejabat tetapi datang lewat, pejabat tak boleh dibuka pelanggan atau calon telah menunggu. Tentu kalut. Kerja tentu tidak berjalan lancer. Kualiti kerja akan tercalar kerana pekara remeh-remeh tapi tak remeh macam nie. Sepekara lagi, keakraban antara pihak pengurusan, sesama kakitangan secara tidak langsung sudah terguris dengan empunya diri yang sengaja datang lambat.

Pekara ini mesti diperbetulkan, jangan pentngkan diri sendiri. Fikirkan juga hak asasi orang lain. Jika seorang pekerja yang beretika jika ia lewat walau seminit, ia akan memohon maaf berkali-kali. Ini soal displin dalam pekerjaan, seseorang perlu ada benda-benda seperti akur dan mematuhi ketepatan masa. Etika kerja yang seumpama ini sungguh sihat. Apabila kita bersemangat / rehearsal, tidak ada orang buang masa antara satu sama lain. Dalam ‘Teamwork’ kita tak boleh buang masa.

Berbeza dengan pekerja yang tidak beretika, dah lah datang lambat, rasa macam tak buat salah apa-apa. Orang macam nie tak perlu mintak maaf dengan oarng lain, tetapi ia perlu memaafkan dirinya sendiri supaya tidak menyusahkan orang lain pada masa akan datang. Kalau kita semua bersatu, teamwork pastinya tak ada masalah. Kerja pun ‘Happy’.

Dalam syarikat, sebagai seorang Pengarah atau Pengurus amat mengkagumi bakat seseorang pekerja. Namun ia akan menilai kelakuan pekerja tersebut kerana kelakuan ini akan membawa Pengarah atau Pengurus mengenali etika kerja pekerja berkenaan. Jika ia berperangai teruk dan tidak ada etika kerja, Syarikat akan mengambil jalan singkat untuk menyingkirkannya dan mengantikan dengan orang lain.

Bagi pekerja yang lewat selain gaji dipotong ia akan mendapat surat tunjuk sebab (1) satu atau (2) dua atau terus disingkirkan. Ini kerana displin tidak boleh diperkotakkatikan. Kita perlu mendisplinkan diri kita dulu, hormat pada diri sendiri sebelum orang lain menghormati kita.

Kat sekolah Tadika pun ada displin inikan pula dalam sebuah Syarikat, KOPERAT pulak tu.

* Sekadar renongan, Siapa makan lada dia yang pedas. Jangan pulak dia makan ‘Gula bergam’ orang lain kena getah. Dia hisap rokok orang lain dapat barah.*

Tuesday, March 9, 2010

Nasihat dan Kehidupan

v Orang yang kalah berjuang terhadap musuh lahiriah terhina di dunia. Orang yang kalah berjuang terhadap musuh batiniah terhina di Akhirat.

v Letakkan dunia itu di tangan supaya senang dibahagi-bahagi. Letakan Akhirat itu di hati untuk bekalan ketika mati.

v Kemahiran dan kebolehan lebih berharga dari kekuatan fizikal.

v Orang yang kurang menggunakan lidah akan lebih banyak menggunakan tangan. Orang yang banyak menggunakan tangan tidak akan mati kebuluran.

v Seseorang yang tidak pernah mencuba tidak akan tahu kebolehannya.

v Seseuatu perbuatan itu jika tidak dibendung akan merosakkan manusia.

v Nasihat yang berguna adalah permata yang paling berharga.

v Setitik dakwat akan membuat berjuta manusia berfikir.

v Kita tidak akan tahu menilai air hinggalah apabila telaga menjadi kering kontang.

v Manusia tidak tahu menilai wang hanyalah apabila kantong menjadi kosong.

v Kita tidak tahu menilai sayang hinggalah apabila yang disayangi tiada lagi.

v Awasilah tingkah laku kawan yang suatu masa dahulu adalah musuh kita.

v Saat-saat mencemaskan tiba sewaktu kejayaan berada di samping kita

v Sahabat itu ibarat butiran pasir di pantai. Tetapi sahabat karib itu ibarat permata di antara butiran pasir pantai.

v Mencari seorang kekasih ibarat mencari sebutir intan di celah-celah timbunan pasir.

v Pujian membuat insan lalai dan lena dalam jaga. Cacian dan hinaan membuat insan sedar serta jaga dalam lena.

v Setiap tugas yang kita abaikan adalah suatu peluang terbiar untuk mengetahui kebenaran mengenai sesuatu hal.

v Kepujian melakukan dua pekara dengan sempurna akan menjadikan orang baik semakin baik, orang jahat semakin jahat.

v Orang miskin melalui kehidupan yang serba kekurangan dengan hati yang tahah dan tenang.

v Orang yang menanam kehormatan akan menuai persahabatan. Orang yang menyemai budi akan menuai kasih sayang.

v Asap tidak akan menjadi sekiranya tiadanya api.

v Manusia berkaki ayam jangan sesekali cuba berjalan di atas onak dan duri.

v Berfikirlah pada hari ini dan berkata-katalah pada hari esok.

v Suatu kepastian akan mencegah penyesalan di kemudian hari.
BAKUL DURIAN / DOUYAN

Mai kita sembang-sembang pasai bakui douyan..

Bakul douyan nie memang lah bakul……selain douyan, orang pun boleh masuk bakul nie. Tapi kalu orang yang masuk bakul douyan nie maleh le orang nak timbang. Maleh le orang nak pie angkat. Buang Karen aje. Tak ada faedahnya. Jual tak bole sebab salah disisi undang-undang Negara. Mana bole jual orang. Kalu douyan tu lain la. kan…….kan……………
Buruk-buruk douyan pun ada harga. Bole juga buat tempoyak tak pun buat lempok. Tapi buruk orang yang masuk bakul douyan nie. Tak laku seeeeehhhhhhhh.

Orang yang masuk bakul douyan nie biasanya orang yang suka angkat-angkat diri, sebab orang lain tak larat nak angkat. Suka lompat-lompat siapa yang lebih tinggi sebab orang lain lompat rendah aja. Tuu yang terlompat dalam bakul douyan tu. Dah tu cuba lak angkat-angkat sendiri bakul tu. Terror.. bebeno lah dia.

Yang peliknya ada orang percaya lak yang dia angkat bakul tu sendiri. Caya tak caya ada orang caya juga . Sebab apa orang caya, 1. Orang yang pecaya tu tak nampak orang tu masuk bakul angkat sendiri. Orang caya orang tu memang terror. 2. Orang yang masuk bakul tu pandai main wayang. Wang Cina lak tu. Cong……..cheeeeh……cong…..cheeeeeeeh. sampai orang lain caya.

Orang yang masuk bakul douyan dan cuba angkat-angkat sendiri nie biasanya orang yang seadanya memang rajin. Rajin masuk bakul. Buat keja boleh tahanlah. Tak payah suruh pun dia buat. Tapi ada yang disuruh dia tak buat. Sebab yang disuruh buat tu keluo banyak tenaga. Tapi bab becakap bebuih mulut pun tak apa. Pagi sampai petang pun boleh kalau disuruh becakap. Wayang Cina memang suka becakap. Tapi bab disuruh buat keja yang susah sikit, kalau boleh ngelak memang dia ngelak dan mengngelat. Tapi buat kerja tut…….bepeluh-peluh taka pa.

Bab-bab keja yang keluo peluh nia memang dia suka kalau orang lain yang buatkan untok dia. Jadi macam dia yang buat keja tu. Macam dia yang banyak buat keja. Orang lain pun banyak keja juga. Tapi tak pula cuba nak masukkan dalam bakul dan angkat-angkat. Kalu bule bila dia masuk bakul ada orang yang angkat. Eeeeeeeee……. Tak kuasa. Tuu… yang dia terlompat-lompat nak angkat sendiri bakul tu.

Orang macam nie buat keja sikit tapi cakap banyak-banyak. Pendak kata banyak cakap dari keja. Kerja tak serupa cakap. Cakap tak serupa bikin. Orang macam nie layak kerja kat satu pertubuhan dunia yang mungkin semua orang tau No Action Talk Only – NATO. Cakap memang bedego-dego. Keja gedegek-gedegek. OIC – Ooo….I……Seee……

Satu lagi peeel orang macam nie, dia suka cakap kat orang lain apa yang dia buat walau pun benda yang dia buat tu kecik aja. Orang lain pun boleh buat benda yang dia buat tu tapi maleh nak cakap kat orang lain. Dia memang suka cakap-cakap yang dia buat itu ini kat orang terutama kat orang beso-besor supaya orang beso-besor tua pecaya yang dia aja buat keja, orang lain dok tengok aja. Nak tunjuk dia HERO. Hero Wayang Cina. Bukannya apa saja nak bodek dan bedek kat orang beso-besor supaya cepat naik pangkat. Yang tak sedapnya dahlee jolok-jolok mintak naik pangkat gaji pun dia jolok-jolok nak naik juga..

Orang macam nie kalau orang lain tengok memang dia pro habis. Yalah dia cakap memang pro sampai orang lain caya. Orang lain tak tau orang macam nie PROdek. Pro + bodek. Pasal angkat-angkat, pasal jack mengjack nie dia memang pro. Sampai orang lain meleh nak layan.

Biasanya orang yang masuk bakul dan cuba angkat-angkat sendiri nie memang muka seposen. Muka kurang malu bukan tak malu langsung. Ada juga malu dia. Tapi yalah, muka seposan aja bila cerita kat orang lain tentang kebaikan yang dia dah buat dan dengan muka seposennya dia cerita kat orang tantang keburukan orang lain. Macam dia aja yang betul. Bukannya apa supaya orang lain angkat dia. Orang hormat kat dia. Beri pangkat kat dia. Naikkan gaji dia. Pendek kata apa yang dia buat tu semuanya betul. Betul bermotif. Yang tak tau, tak tau la apa motif dia. Yang tau buat don’t know aja sebab dah tau yang orang ni memang suka masuk bakul douyan angkat sendiri.

Bakul…….bakul ……..nasib kau bakul. Ada juga orang suka kat kau.